Monthly Archives: November 2013

KEM JATI DIRI DA’I MUDA KEMBALI

daie muda

Buat kesekian kalinya Kelab Remaja ISMA Cawangan Klang bakal menganjurkan Program Kem Jatidiri Da’i Muda 2013 yang bakal berlangsung pada 7-9 Disember 2013. Bagi tahun 2013 ini, Kem El-Azhar, Morib telah dipilih sebagai tempat program yang bakal menyajikan  aktiviti yang mencabar serta mampu membina keperibadian seorang da’i.

Secara umumya kem ini bertujuan untuk melahirkan peribadi islami di kalangan remaja yang berpegang teguh dengan perintah Allah swt.  Ia juga berperanan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ancaman-ancaman yang bakal mereka hadapi dalam kehidupan alaf ini.

Pihak Kelab Remaja ISMA Cawangan Klang berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mampu memberikan input-input yang positif kepada peserta. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi nama-nama penyelaras peserta yang tertera di poster di atas untuk keterangan lanjut.