Blog Archives

Pertahan Islam Sebagai Agama Persekutuan

BANTING, 21 Dis – Ust Maad Makkah, ketua rombongan Komitee Dakwah Khusus Gerakan Islam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia berulangkali menegaskan “Malaysia sangat beruntung kerana agama Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan. Berbanding dengan Indonesia, Pancasila adalah yang paling tinggi mengatasi segala agama. Walaupun penduduknya majoriti Islam tetapi agama Islam diletakkan sama taraf dengan agama kristian dan agama-agama lain. Oleh itu bila perlakunya gerakan kristianisasi yang agresif seperti ini, tiada tindakan penguatkuasaan yang kuat boleh digerakkan oleh kerajaan kerana itu adalah hak kebebasan setiap agama.”

Ingatan itu disampaikan oleh beliau dalam ceramahnya pada 16hb Disember 2011, bertempat di kariah Masjid Bandar Ehsan, Bukit Changgang, Banting, Selangor. Program yang dianjurkan oleh Syukbah Banting ISMA Klang telah mendapat sambutan baik dari kalangan kariah masjid. Di kesempatan itu juga, ISMA Klang melalui Yang Dipertuanya, En Zainuddin Ghafar diberikan sesi khas untuk mempromosi aktiviti ISMA yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Daerah Mentawai yang terdiri daripada 4 buah pulau iaitu Siburu, Sipura, Pagai Utara & Pagai Selatan didiami oleh 70,000 orang penduduk.

Pada tahun 1997, 80% penduduk adalah Muslim. Namun, disebabkan oleh gerakan kristianisasi yang hebat, menjelang tahun 2011, iaitu dalam masa 14 tahun, muslim hanya tinggal 18% sahaja.

Antara cabaran daei untuk menghadapi gejala kristianisasi yang berlaku di sana ialah;

  1. Penduduknya suka bertukar-tukar agama.
  2. Mereka mahu masuk Islam tetapi mesti izinkan mereka terus memelihara dan makan khinzir.
  3. Suatu yang normal apabila khinzir menjadi mahar perkahwinan orang Islam.
  4. Pekerjaan utama ialah pertanian dan perikanan tetapi disebabkan kedudukan mereka yang jauh dari Pulau Sumatera, ia menyebabkan hasil bumi tidak dapat dijual dan digunakan untuk keperluan sendiri.
  5. Perjalanan menaiki bot dari pulau Sumatera mengambil masa 12 jam dengan cabaran ombak besar.
  6. Punca elektrik hanya didapati selepas maghrib sahaja.
  7. Hampir 50% penduduknya terkena penyakit malaria dan tiada kemudahan kesihatan kecuali di gereja. Dikhabarkan kesan hitam gigitan nyamuk hanya akan hilang selepas seminggu.
  8. Disebabkan kekurangan dana kewangan, gerakan dakwah Islam hanya hadir sekejap-sekejap serta tidak berterusan sedangkan gerakan kristianisasi berkampung di sana bertahun-tahun sehingga Muslim yang lemah imannya akhirnya tunduk memeluk kristian.
  9. Akibat dakwah yang tidak berterusan, maka  jawapan sebegini sering diterima oleh pendakwah apabila mengunjungi penduduk, contohnya “Alhamdulillah, semenjak masuk Islam kehidupan kami bertambah baik. Buktinya ternakan khinzir semakin rancak membiak”

Semoga peristiwa yang berlaku di negara jiran kita ini akan menjadi iktibar kepada Muslim Malaysia agar terus mempertahankan kekuatan Islam yang ada serta tidak memandang mudah ancaman kristinisasi dan liberalisme yang semakin berkembang di negara kita ini.

ISMA perkenal slogan ‘Membangun Umat Beragenda’

BANGI, 19 Ogos – Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ISMA baru-baru ini membuat keputusan untuk memperkenalkan slogan baru iaitu ‘Membangun Umat Beragenda’ di samping meneruskan niche ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sebagai satu strategi dakwah ISMA di fasa ini.

Menurut Setiausaha Agung ISMA, Dr. Amirudin Wahab, slogan baru ini akan menggantikan slogan ‘Membina Generasi Harapan’ bersesuaian dengan fasa dakwah, strategi dan fokus ISMA ketika ini.

“Amal ‘Membina Generasi Harapan’ adalah kerja-kerja asasi yang akan sentiasa kita lakukan, namun fokus dan amal fasa dakwah ISMA kini adalah lebih terbuka untuk menggarap umum dan memposisikan kewujudan ISMA dalam masyarakat,” jelas beliau.