Blog Archives

Seminar Belajar Power!

TARIKH: 15 JANUARI 2012
TEMPAT: PEJABAT ISMA KLANG
NO 9-2, PUSAT PERNIAGAAN RAYA BARAT, 41100 KLANG

YURAN: RM10 SAHAJA !!!

ANJURAN: KELAB REMAJA ISMA (KRIM)
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
CAWANGAN KLANG

 Dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda:“Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam.” (HR. At- Tabarani, Status: Sahih).

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
…Allah mengangkat kedudukan orang-orang yang berilmu beberapa darjat & Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.” (58:11)

Antara pengisian menarik
1) Mempelajari teknik belajar berkesan
2) Membina peribadi positif
3) Membentuk jatidiri Muslim

Marilah sertai beramai-ramai!

Peserta Rehlah KRIM cemerlang PMR

KLANG, 27 Disember – Peserta program Rehlah Ikat Hati Semai Mesra anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Klang pada 21 dan 22 Disember 2011 di Kuang, Fittiatun Nawwar Hannan bt Mohd Pathan berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2011 baru-baru ini.

Hannan yang pada asalnya agak kecewa kerana terpaksa pulang awal untuk mengambil keputusan PMR sangat bersyukur kerana masa cuti sekolahnya dapat diisi dengan program bermanfaat sementara menunggu keputusan PMR keluar.

Manakala rakannya, Aisyah bt Azhan yang turut pulang selepas sehari mengikuti program tersebut mendapat keputusan  yang baik  iaitu 3A. Wargakerja KRIM melahirkan rasa bangga kerana Hannan dan Aisyah sangat komited dalam mengikuti program-program KRIM sepanjang tahun 2011 ini.

Program tahunan yang dirancang bagi mengakhiri perjalanan program KRIM tahun 2011 telah berjaya menarik penyertaan seramai 21 orang remaja perempuan dari pelbagai sekolah dan latar belakang sekitar Klang walaupun bertembung dengan tarikh keputusan PMR diumumkan iaitu 22 Disember 2011.

Menurut Pengarah Program, Ustazah Noraishah Shahabudin katanya, pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan seperti Tazkirah Tokoh, Swimming, War Games, Barbeque, Pentas Pemudi dan banyak lagi sememangnya menambat hati peserta untuk terus mengikuti program seumpama ini di masa akan datang.

InsyaAllah KRIM akan mengorak langkah lebih jauh pada tahun 2012 bagi memastikan lebih ramai remaja di sekitar Klang mendapat ilmu yang bermanfaat dalam setiap aktiviti yang dirancang.