Media: Perkasa Bidang Kewartawanan

KLANG, 11 Disember – Selari dengan hasrat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pusat untuk memperkasakan bakat dan gaya kewartawanan ahli-ahli ISMA serta memantapkan lagi hebahan program-program yang dijayakan oleh badan ini, biro Media ISMA cawangan Klang telah mengadakan bengkel penulisan berita semalam.

Bengkel ini julung-julung kali diadakan di peringkat cawangan di Pejabat ISMA Klang yang dihadiri wakil setiap biro ISMA cawangan Klang seperti Biro Dakwah, Biro Media dan Biro Remaja.

Dengan penganjuran bengkel ini, diharapkan peserta dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang dipelajari dengan menghasilkan berita yang terkini dan menarik.

Antara pengisian bengkel adalah cara-cara untuk menghasilkan berita yang ‘catchy’ dan menarik minat pembaca, gambar-gambar yang bersesuaian dengan tema berita dan juga latih tubi penulisan.

Salah satu dari peserta bengkel dipetik meluahkan perasaan yang sangat gembira dengan penganjuran bengkel ini dan berharap agar program sebegini akan mempunyai susulan di masa akan datang.

Sehubungan itu, Biro Media ISMA pusat akan mengunjungi cawangan ISMA seluruh Malaysia termasuk Klang dan mengalu-alukan penglibatan ahli-ahli ISMA dalam kursus intensif media dan kewartawan yang dijangka akan bermula awal tahun hadapan.

Posted on December 12, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. tahniah biro media.

    teruskan disiplin melaporkan berita sepantas mungkin. usaha anda sebenarnya memberikan motivasi yg besar kepada biro2 lain utk terus beraktiviti. cuma selepas ini cuba dapatkan gambar aktiviti dari yg terbabit. kalau tak dpt gambar, sila tampalkan gambar yg bersesuaian dgn tajuk.

    perjalanan seribu langkah bermula dgn langkah yg pertama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: